Deruan angin Selat Melaka
mencium pipi
membelai hati
syahdu menjadi yatim piatu.
Atas hamparan sejadah rindu
mereka merayu dan mengadu
terima kasih ayah terima kasih ibu
kernamu aku mengerti rindu itu
kerna kalian kubina ketabahan
sayang, aku hilang belaian
hangat ribaanmu hanya bayangan
memanggilmu cuma igauan
doaku jambatan sayang.
Cabaran mendatangi cabaran
meniti kedewasaan seorang
berilusi kenangan
kekal warisan tenang.
Dalam kenyataan tiada kesunyian
dakapan kata sayang
dakapan kata kasihan
bekalan dan harapan akrab berkawan
berkiblat keseorangan
meruntun emosi meruntun
aku seorang di sini
tanpa pedang sakti
tanpa azimat dan jampi
meratah derita diri.
Masih sanggupkah aku meniti?
Karya 28 Mac 2012 jam 2.15. Selepas solat zohor, di Kem El-Azhar Morib. Aku berbengkel untuk program PROSTAR. Pada hari yang sama puluhan anak-anak yatim juga sedang berkhemah/berkursus.
No comments:
Post a Comment