Pages

Tuesday, 27 December 2011

Semangat yang Hilang

Semangat
Semangat
Semangat yang hilang,
kerna niat perjuangan
perjuangan wang
perjuangan nama
perjuangan pangkat dan darjat.

Perjuangan
Perjuangan
Perjuangan dunia
mengalpakan akhirat
dosa-dosa kian melarat
jangan teruskan tekad
kira 'berkat'nya tidak berkat
bakti jasanya berkarat
lupus hapus terkerat
kelak terlaknat semua kerabat.
Masih adakah ruang taubat?

20 Mei 2011 lakaran karya ketika aku betul-betul hilang semangat untuk berkhidmat lantaran suasana di tempat kerja, maruah bagai kertas tandas, kebajikan bagai butiran embun, persahabatan bagai asap jerebu. Tidak tahu apa sebenarnya yang mereka cari dalam tugas perkhidmatan, wang, pangkat, dosa atau pahala. Karya dalam mesyuarat guru...penindasan? Kebosanan? atau Salahanggapan?  Hanya Allah yang mengerti di sebalik perjuangan dan niatku ini. Semoga aku sentiasa terpelihara dari keaiban ini.

Mencari Makna Hidup - (untuk Steve Jobs-Apple)

Dari tangan ke tangan
terlepas genggaman insan
terlerai pertanggungjawaban
dalam sesalan kasih sayang.

Tuntutan nurani sentiasa tercari
makna diri sejati
untuk tahu makna hidup ini
untuk tahu nilai peribadi diri
walaupun 'dollar' meranumi 'Apple'
sanjungan setinggi Effel.

Jantungnya bernadi misteri
hati tertanya hati
merah darahku,    milik siapa?
segumpal tanah di badanku,    milik siapa?
kenapa tiada siapa bisa...
hingga aku menutup mata.
Siapakah yang berdosa?


Catatan nostalgik dalam retorik hidup Steve Jobs yang tidak kenal akan dirinya lantaran legenda 'dua darjat' dan kebencian agama. Di mana amanah seorang ayah dalam mempertahankan maruah zuriatnya? Steve Jobs boleh dinilai bagai bayi terbuang  tetapi cemerlang demi memenuhi kehidupannya yang tidak bermakna selepas penceraian.Tepuk sorak kejayaannya, membenam kedukaan dalam senyuman. Terkarya pada 10.10.2011, lima hari selepas kematiannya pada 5 .10.2011. 





Derita dalam Gembira

Kerikil itu menggigil
melaung...tolong, tolong, tolong
tika naga besi menjalarkan kakinya
dalam deru deras berpusar.

Kerikil itu memanggil
kapan bisa jabat salam perdamaian
naga besi bersendi
lancar membawa diri
KL  Sentral - KL LCCT
antaranya diketuk henti.

Kerikil itu melaung
naga besi berapi terapong
antara kampong ke kampong
yang namanya tidak lagi bersarung
menjadi kepompong.

Kerikil itu merintih
sedih pedih
lantaran tidak bisa lagi bertatih
kerna naga besi terus menindih.
Tidakkah bernoktah tingkahmu
saban waktu begitu.

Rakaman perjalananku pada 13 Mei 2011 dari Putrajaya ke KL menggunakan Train laju, aku melihat kampong-kampong hanya tinggal nama. Maka berlakulah kejutan budaya...antara penduduknya, antara jirannya, kerana masa perubahan tidak terasa. Kita di mana? 

Monday, 19 December 2011

Keajaiban membaca

                    Keajaiban Membaca...
                    1. meningkatkan keimaman
                    2. memperluaskan wawasan berfikir
                    3. mengelakkan penyakit nyanyuk                    
             *bacalah apa pun bahan bacaan...mulakan dengan Al-Quran.