Pages

Tuesday, 27 December 2011

Mencari Makna Hidup - (untuk Steve Jobs-Apple)

Dari tangan ke tangan
terlepas genggaman insan
terlerai pertanggungjawaban
dalam sesalan kasih sayang.

Tuntutan nurani sentiasa tercari
makna diri sejati
untuk tahu makna hidup ini
untuk tahu nilai peribadi diri
walaupun 'dollar' meranumi 'Apple'
sanjungan setinggi Effel.

Jantungnya bernadi misteri
hati tertanya hati
merah darahku,    milik siapa?
segumpal tanah di badanku,    milik siapa?
kenapa tiada siapa bisa...
hingga aku menutup mata.
Siapakah yang berdosa?


Catatan nostalgik dalam retorik hidup Steve Jobs yang tidak kenal akan dirinya lantaran legenda 'dua darjat' dan kebencian agama. Di mana amanah seorang ayah dalam mempertahankan maruah zuriatnya? Steve Jobs boleh dinilai bagai bayi terbuang  tetapi cemerlang demi memenuhi kehidupannya yang tidak bermakna selepas penceraian.Tepuk sorak kejayaannya, membenam kedukaan dalam senyuman. Terkarya pada 10.10.2011, lima hari selepas kematiannya pada 5 .10.2011. 





No comments:

Post a Comment