Pages
Saturday, 21 April 2012
Album Kenangan
Lurah Hj Usap Kasnawi dan Hjh Aminah Rajadikrama, Ketua Kampong Pertama, Kg Sungai Kelambu, Generasi Pertamaku. Di sebelah kanan adalah Generasi Kedua yang tinggal daripada lima lelaki. Yang di depan kiri telah meninggal pada 22.Mac 2012. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.Amin.
Ini adalah generasi kedua perempuan yang masih cukup tiga orang. Salah seorang di antaranya adalah ibuku yang tercinta. Kedua bongsu duduk sebelah kanan sekali. Semoga sihat selalu dan bahagia mengharungi senja kehidupan.
Semasa perhimpunan keluarga besar Usap Kasnawi, suasana yang amat menyentuh kalbu adalah majlis doa ini. Lihat dengan tidak sengaja gambar ini memaparkan tinggal lima orang sahaja. Seolah-olah ketentuan buat salah seorang abang ibuku telah tercatat. Hanya Allah yang maha tahu.
Astahfirullah al-Azim...Subhanallah.
Kuatkanlah mereka yang tinggal sebagai sumber kekuatan dalam persaudaraan.Amin.
Labels:
Album Kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment