21 Mei 2013 adalah tarikh yang sentiasa terpahat di hatiku kerna tarikh ini rakan sekerjaku Roziana Abdul Rahman telah ditinggalkan oleh Ahmad Zubir Bin Nordin buat selama-lamanya. Roziana dan Mohammad Amin tinggal berdua. Ahmad Zubir telah dijemput Illahi pada jam 5.44 pagi akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya KESAS pada pagi Isnin, 20 Mei. Kemalangan sesama motorsikal memberi impak berpanjangan buat Roziana dan Amin. Semua terjadi sekelip mata pada bulan Rejab ini.
Amin kehilangan ayah tempat bermanja.
Uji hilang tempat mengadu.
Setiap pagi apabila dia tiba di sekolah, Uji akan membuat panggilan kepada Zubir, jika terlewat dia akan gelisah dan merajuk diri pada dirinya sendiri. Itulah panggilan hati. Itulah panggilan cinta. Kasih dan cinta atas peduli diri.Ikatan hati suami dan isteri. Lepas ini siapa akan mendengar aduan dan laporan Uji dari sekolah.
Ini kerana saya sering mendengar Uji pasti akan menelefon suaminya setiap kali telah selamat tiba di sekolah dan Uji akan bertanya kepada Zubir sama ada dia telah sampai di rumah sekiranya Zubir bekerja shif malam. Saya maklum ini kerana pada malam sif ini Uji dan Zubir tidak bersama, rindunya melalui suara. Rindu dendan cinta tersirat dalam kata dan masa. Tetapi ...siapa akan mendengar selepas ini. Kepada siapa akan Uji mengadu. Aku... tau...inilah ujian buat Uji.
Semoga kau kuat dan tabah melalui hari-hari mendatang bersama zuriat Zubir, Amin.
Semoga Allah mencucuri rahmat buat Zubir. Tenanglah kau di sana.
Amin, sesungguhnya Allah maha Besar, pengasih dan penyayang.
Uji...ujian buatmu telah tiba. Aku belum dicoba...yang pasti, pasti akan terjadi. Semoga aku juga akan kuat bila tiba waktunya nanti.
No comments:
Post a Comment