Pages
Saturday, 2 February 2013
Organisasi dan Carta Gerakan Dakwah Islamiah
Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi rasul pada permulaan abad 7M dan tugasnya dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam al-Qur'an, Surah al-Ahzab, ayat 45-46 dengan firmannya bermaksud:
" Hai nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan: dan untuk menjadi penyeru (pendakwah) kepada agama Allah (Islam) dan untuk menjadi cahaya yang menerangi."
Ayat ini menyatakan tugas nabi Muhammad s.a.w ialah:
1. Jadi saksi (syahid)
2. Pembawa berita gembira (basyir)
3. Pemberi peringatan (nazir)
4. Penyeru (pendakwah)
5. Menjadi cahaya yang menerangi: iaitu pertunjuk jalan Allah yang lurus dan selamat.
Secara ringkas, tugas nabi Muhammad s.a.w adalah menyeru manusia beriman dengan Allah, melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Allah s.w.t memang mengetahui bahawa Islam akan menghadapi cabaran. Oleh itu, Allah s.w.t menentukan metodologi berdakwah dan menyuruh para rasul-Nya menuruti metodologi ini seperti dalam firman-Nya, Surah al-Nahl, ayat 125, yang bermaksud:
"Serulah (dakwahi) manusia kepada jalan Tuhanmu (Allah) dengan hikmah dan kata nasihat yang baik dan bantahlah mereka itu dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat hidayah (petunjuk)."
Maksud ayat di atas, Allah s.w.t. menentukan tiga kaedah dalam menyebarkan dakwah Islamiah:
1. Al-hikmah
2. Al-mau;izah al-hasanah (nasihat yang baik)
3. Al-muja'dalah billati' hia ahsan (berbahas/berdiskusi dengan cara yang lebih baik)
Inilah metodologi yang dijalankan oleh Rasulullah sepanjang hayatnya sebagai rasul. Dan kaedah inilah juga yang mesti dijalankan oleh semua pendakwah sampai bila-bila masa pun.
Hikmah
Erti hikmah dari segi bahasa:
1. keadilan
2. tahan marah
3. kenabian (benar, amanah, tabligh)
4. tidak meperlihatkan kejahilan
5. perkataan yang tepat dan hak (kebenaran)
6. meletakkan sesuatu pada tempatnya
7. sesuatu yang mencegah kerosakan
8. pengetahuan yang terbaik yang didapati daripada ilmu yang terbaik.
Hikmah dari segi tafsir:
1. Al-Qur'an al-Karim
2. Dalil yang kuat yang boleh menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.
Jika disimpulkan, hikmah mengandungi tiga kategori:
1. Hikmah sifat pendakwah,
2. Hikmah isi kandungan dakwah,
3. Hikmah alat dan strategi dakwah.
(Sumber rujukan; Dakwah Islamiah Malaysia, 1995,Sidi Gazalba, Zainab Ismail dan Wan Hussein Azmi)
Labels:
Perkongsian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment