Pages
Tuesday, 5 February 2013
Chowrasta
Chowrasta, Chowrasta, Chowrasta
menjadi sumber bual bicara
menawar harga peraga
dalam himpitan pasaraya
mewarnai kota
Pak Ali dan Aishah berjeruk pala
menanti indah terwadah.
Chowrasta, Chowrasta, Chowrasta
menjaring laba si peniaga
menjadi syurga
menjerat pelanduk dan rusa
yang lupa waspada.
Chowrasta
pengoda dunia
pelbagai warna dipamernya
menyesak dada
mereka yang tidak berpunya
menjerit perit
poket-poket menjadi sakit.
Chowrasta
sisa pembangunan kota
tidak selesa petak niaga
pengunjung berkata seketika
masa menawar harga
esok lusa berbeza bangsa
teguran tidak bermakna
Chowrasta begitu juga
indah khabar dari rupa.
Tidak bisakah Chowrasta berubah cerita?
3.Febuari 2013...pertama kali menjejak kaki di Chowrasta...terkedu dan terkedu, itukah Chowrasta yang yang dibangga-bangga., aku tidak mampu ceritakan ...
Labels:
puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment