Pages

Wednesday, 2 November 2011

Permata Liar

Merah memerah darah
merentap keibuanku
lalai layu dalam debu
waktu berjalan lesu
menghambat waris kota.

Ceria permata
berpenghujung kelabu
hanya malam yang rindu
permata itu hilang begitu
langkahku berdusta.

Waktu menggamit aku
malam yang rindu
permata kota alpa semula
ciuman neon dan warna
dakapan Chow Kit mesra
Jalan Raja Bot tertawa
siang tidak bisa menggilapmu.
Siapa akan membantu?

Puisi ini terhasil dalam bengkel Penulisan Kreatif anjuran DBP, di Hotel Brisdel, KL pada 13 Mei 2011, jam 3.30am setelah memerhati anak-anak kota berkeliaran semasa ibu bapa mereka berniaga sesi petang-pagi di Jln Raja bot. Puisi ini disemak oleh En Shamsuddin al-Johori (Penceramah Puisi) sebagai 'BAIK'. Ini karyaku selepas hampir lima tahun aku tidak menulis.

No comments:

Post a Comment