Tanjung Pagar, Bukit Timah
megah peramah
Melayu Cina dan India serumah
mengapa tersumpah terhambat amarah
senyum ikhlasnya
tidak mengukir prasangka
tidak tersungkur bangsa.
Tanjung Pagar, Bukit Timah
lubuk puaka dua darjat
Melayu-Singapura, Singapura-Melayu
Raja beraja bertahan daulat
tambak Johor tanda berjabat
kita sahabat
KTM laluan pengerat
Tanjung Pagar, Bukit Timah
bergegar menggigil dalam trauma indah
1 Julai 2011 terjamah sudah
tanah terserah serakah
airmata merah rasanya parah
airmata kuning kenangan hening
airmata hijau bakalku jauh meninjau
Tanjung Pagar Bukit Timah
terserah dalam merah
terserah pasrah
membenam resah maruah.
Tanjung Pagar Bukit Timah
membungkem kenangan
salam di jaringan awan
kemesraan yang berkejaran
dalam pembangunan.
Bernoktahkah persahabatan kita?
Hatiku terpanggil untuk mencoretkan puisi ini dalam sendu duka kerana KTM akan terhalau dari Kota Singa yang telah lama membangun gagah pada 1 Julai 2011. Pertukaran penuh kenangan sejarah.
No comments:
Post a Comment