Pages

Wednesday, 2 November 2011

Kenduri

Kunjung mengunjung berpayung sebumbung
adik beradik bertandang berduyun-duyun
berkampong meluruh kepompong
senyum mesra menghalau lara duka
gelak ketawa mengusir prasangka kecewa
melakar cerita berwarna.

Periuk belanga menari bersama
senduk dan sudip mengikat cinta dua benua
bahang api menggaul kedinginan rasa
dulang talam menatang cinta keluarga
dalam acuan budaya.

Tabir dan langsir menjadi tirai sempadan
jarang mengintai jarang
di situ tersangkutnya kenangan
kenduri.
Bertahankah dalam kemodenan?

3 Julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 2011, anak lelakiku yang pertama selamat menjadi suami setelah bertemu jodoh dengan Umi Aiman Halim dari Taiping. Di sini aku melihat dan menilai erti persaudaraan dan pengorbanan... semua bertungkus lumus memainkan peranan demi ikatan merahnya darah yang mengalir dalam diri kami, 'TERIMA KASIH' kalian, itu sahaja perkataan yang dapat menggambarkan sayu dan gembiranya hati ini...Semoga ALLAH merahmati usaha dan keikhlasan adik-adikku yang tersayang dari dunia hingga akhirat. Buat ibuku...tahniah kerana kau dapat menyaksikan cucu pertamamu berijabkabul. Aku ...hanya Allah yang tahu. Amin.

No comments:

Post a Comment