Pages

Tuesday, 29 January 2013

Plagiat


Plagiat
cepat dan giat
bagai pepijat memanjat ligat
siapa terlibat menjadi pepijat.

Plagiat
membunuh niat
mencapai hasrat nan sarat
membina darjat dalam ruang padat.

Plagiat
tidak bersyarat
mengukir intergriti bejat
hingga dijemput wafat.

Plagiat
merawan sejarawan tulen
meraung intelektual agung
merintih penulis-penulis putih.
Karya dicicip noda
plagiatisme penulisan tidak bermaruah
berkarya atas dosa sengaja
mencipta nama atas sengsara pujangga.
Bagaimana dipulih semula?


Terkarya selepas menyertai Seminar Plagiat di Dewan Budaya, USM, 29 Januari 2013, jam 9.00 hingga 12.00 tghari. Penulisan akademik tidak terlahir secara ilham tetapi melalui pembacaan nan luas. Penulisan kreatif walau pun lahir daripada ilham, perlu diperkukuhkan melalui pembacaan luas. Namun fakta dan akta ada kalanya sukar dititinoktahkan untuk mencari ketulenan dan kebenaran. Semoga aku berada di luar garisan plagiatisme ini.(WE/JM/90/09)Puisi ini diterbitkan oleh BH Varsiti pada 25 April 2013

No comments:

Post a Comment