Pages

Monday, 20 February 2012

Aku Sedang Belajar

USM buat aku belajar
kebenaran dan pembohongan
pembongkaran penyelidikan
atau saja duduk diam.

USM buat aku belajar
erti semangat perjuangan
persaingan dan penghargaan
kecundang atau kemenangan.

USM buat aku belajar
menilai persahabatan
mengenal kemanusiaan
menghormati kepercayaan
menghargai pengorbanan.

USM buat aku belajar
apa itu kasih sayang
tersirat kejujuran dan kesetiaan
untuk mengeratkan percintaan.

USM buat aku belajar
makna ditinggal dan meninggalkan
dan tiada ertinya tertinggal
kira kudrat semangat
mengalir dalam urat selirat.

USM buat aku belajar
menilai sekeping kertas berdarjat
anugerah kesengsaraan.
Kapan bisa bercanda
kita menggauli masa
Tuhan penentu cerita.
Masihkah ada usia?

Ilham perjalanan pulang selepas kursus intensif 2 minggu 28hb-12hb.Mac 2012, untuk sesi 2011/2012 ketika dalam Bas ekspress Klang Konsotium.12.2.12 jam 10.10 am di Sg Nibong,P.Pinang. Karya ini tersiar di Berita Harian Ruangan Varsiti pada 15 Mac 2012,Khamis. Aku terbaca di PPAS, cawangan Banting.Syukur atas penghargaan ini.

No comments:

Post a Comment