Pages

Tuesday, 16 April 2013

Kemuliaan Umat Muhammad SAW



Nabi Adam AS berkata:
Sesungguhnya Allah telah memberi kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku.

1. menetapkan tempat taubatku di Mekah, sedangkan umat Muhammad akan diterima taubat mereka di mana-mana tempat

2. dahulunya aku berpakaian dan ketika berbuat dosa ditelanjangi, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa dengan telanjang dan Allah memberi pakaian kepada mereka.

3. ketika aku berbuat dosa dipisahkan aku dengan isteriku, tetapi umat Muhammad berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isteri mereka,

4. aku telah berbuat dosa di dalam syurga, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga kemudian dapat memasuki syurga setelah bertaubat.

Aku Masih Waras




Aku masih waras
Setelah berhempas pulas
makan tidur dengan kertas
pergerakanku terbatas
menunggu telur menetas
hingga terlupa kainku tetas.

Aku masih waras
Tidak mahu lagi culas dan malas
Derita berbalas
Hanya kerna memburu kelas.

Aku masih waras
Aku tidak biasa melompat batas
Kerna letih dan kebas
Bimbang jadi terbabas.

Waraskah aku
Jika saban waktu di situ
Meneroka semua buku
merentas waktu dengan tombol bisu
Menyorot masa lalu yang kaku
Demi  anugerahku
Waraskah aku?


16 April 2013/Selasa/TDJ/10.30am
Laporan Akhir dan terakhir. USM...aku akan merindumu.

Thursday, 11 April 2013

Puisi dan Syair

11 April 2012, Khamis. jam 8.30 pagi - 2.00 ptg.

Aku membawa dua orang pelajarku, Nur Pesona Kamarudin dan Rabiayatul Adawiyah Azlan ke SMK.Banting. Entah mengapa hari ini hatiku tidak berasa apa. Gembira tidak marah pun tidak, cuma sedikit kurang selesa membawa kedua pelajarku ini. Hari ini umpama kosong. Aku tidak mengharap kepada mereka untuk memenangi apa-apa acara.
Tahu kenapa?
Mesej yang serupa...apabila nama SAMTTAR yang diumumkan pasti ada mata dan rupa yang perlu digilap sempurna agar tidak meneruskan dosa. Ada antara hadirin, peserta atau guru pengiring malah juri sering membuat aku tewas dalam aku. Aku lemas dalam gundah.
Suasana ini sering menghantuiku. Tetapi hari ini aku tahu anak-anak didikku ini tidak ke mana, tidak di mana. Yang seorang ini terlalu berkeyakinan tinggi lantaran tahun 2012 dia telah mendapat tempat kedua. aku perhatikan tindak-tanduknya tidak ikhlas dalam mendidik dan menunjuk ajar si adik. Cuma aku...tidak berdaya menegurnya. Itulah kelemahan aku sebagai guru yang mungkin telah berusia. Aku kasihan padanya. Aku sayang padanya. Aku menatang dia bagai minyak yang penuh dalam puisi kerna aku tahu bakatnya. Malangnya, hari ini dia tewas dalam jiwanya. Dia tewas mengawal diri dan emosinya. Dia tewas dalam kemenangan. Aku berharap dia dapat melihat dairinya...kerna sekali tersandung tidak bererti kita tidak boleh bangkit dan bangun. Dia memperlihatkan kehampaannya yang pertama apabila mengetahui Pn. Nor Lala menjadi salah seorang juri, lantaran peristiwa 2012. Kehampaan ini membunuh keyakinannya: membenam ingatannya hingga dia terlupa satu stanza, hingga syairnya tidak bernuansa. Derita rasanya derita juga diriku kerna aku adalah mentornya. Aku adalah idolanya. Gagal dia bererti aku juga gagal. Ya...sebenarnya aku yang gagal memantau latihan dia dengan sempurna. Aku sendiri sedang dilanda derita untuk menyempurnakan laporan akhir JMS418 USM. Aku juga sedang tertekan dan kebinggungan. Maafkan aku sayang...kepercayaanku sedang menghukum diriku sendiri. Aku sangat berdosa membiarkan kamu berlatih sendirian, kerna keyakinanku juga amat tinggi padamu. Mungkinkah faktor usiaku...aku jadi begitu. Maafkan aku...Adaa. Kau tetap berbakat di mataku. Aku bangga mendidikmu hingga kau mampu mengambil sedikit ilmu dan kemahiranku dalam duniamu. Terima kasih sayang.
Nur Pesona!
2011 aku telah jatuh hati atas namamu. Tentu sekali ayah dan ibumu amat berbangga akan kamu. Tentu sekali ayah dan ibumu amat menyayangimu. Izinkan aku menumpangkan sedikit rasa sayangku walau hanya di hujung kukumu. Izinkan aku membimbingmu untuk kau menerima ilmu puisiku sebelum aku menutup mata. Pesona...atas keikhlasanmu dan keredaanmu menerima teguranku, aku ucapkan tahniah walau kau hanya di tempat ke-3 sebaris mereka dar tingkatan 5. Ini satu permulaan yang indah buatku. Aku bangga dengan diriku, kerna aku masih mampu melahirkan dan menggilapmu permata Pesona. Harapanku jangan mudah putus asa, jangan mudah lupa pada rumput di bumi setelah berada bersama bintang nan tinggi. Pesona ... kau mampu pergi jauh, jika kau melihat aku, kau mampu pergi jauh jika kau ikuti aku. Tahniah Pesona, hari ini adalah hari penuh pengajaran buatmu. Percayakan diri sendiri...kau boleh. Perjalananmu masih jauh.
Suasana di SMK, Banting sangat mengujakan aku. Aku terkedu melihat persiapan sebegitu rupa. Memang layak diberi jempolan dan pujian bak kata wakil PPD. Beliau menggariskan kesempurnaan persiapan ini mengangkat intergriti sekolah dalam 'band'nya tersendiri. 'Setting' pentas untuk persembahan membangkitkan nostalgia silam membuat aku tiba-tiba menjadi muda. Inilah kesepaduan kerja; jelas terzahir pada pandangan pertama. Di sini terbukti pabila aur dan tebing saling menyokong, terjulanglah keharuman. Dalam bekerjasama mengangkat nama, tiga etika utama perlu dijaga; malu perlu ditutup dengan persiapan dan kesempurnaan sebaik mungkin;  nilai akan mengiringi kerjasama dan keikhlasan bekerja; hasilnya akan sangat berkualiti. Syabar ...SMK Banting.
Keindahan dan kerapian pentas telah menenggelamkan aku dalam kenangan.
Penataan pentas itu membenamkan kemarahanku, memagar rasa maluku. Ya...aku memang marah dan malu pada mulanya kerna beberapa perubahan dalam minit mesyuarat tidak dimaklumkan kepadaku. Yuran penyertaan asal adalah RM20.00, tiba harinya menjadi RM30.00, aku terpaku. Hutang dulu hingga aku mengambil wang tambahanku kerana aku hanya membawa bersamaku RM20.00 sahaja. 'Itulah suasana hidupku'. Tidak tahu silap siapa. aku bercadang untuk ke PETRONAS di Sungai Manggis bertemu jantung hatiku ATM...tetapi Adaa... menyelamatkan maruahku. Terima kasih Adaa. Esok aku akan membuat perubahan pada kertas tuntutanku di pejabat. Semoga tidak disalahertikan tuntutan aku ini.
Itulah perjalanan seorang guru adakala biru terburu dan terharu tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang ambil tahu. Guru.